Isu Menara Warisan dan MRT Jalan Sultan

DBKL Change of Land Use & Layout Plan Application Notice

Kenyataan Media PTMN / PTMN Media Statement (28 June 2013)
(BM) (English) (Chinese)
Online Petition Campaign against 118 Mega Tower Development Project
(click to sign)
Objection Form to 118 Mega Tower Development Project
(download)

DBKL Notice (English)

Notis DBKL (Bahasa Melayu)

Notis DBKL (Bahasa Cina)

Notis Tersembunyi / Hidden Notice

————-
Sejarah Bukit Petaling, isu Menara Warisan dan MRT Jalan Sultan

Gambar-gambar ini memaparkan sejarah awal dan budaya masyarakat Malaysia yang telah dicatat serta dibina di bukit kecil dan kawasan sekitarnya yang membentuk pusat kota Kuala Lumpur.

Dengan usaha dan keazaman yang cekal, peneroka-peneroka awal mengubah hutan tropika menjadi sebuah penempatan. Mereka bersama-sama membina rumah, kampung, perniagaan, tempat ibadat, perkuburan, sekolah, kemudahan budaya dan sukan, hospital, balai polis, penjara dan institusi-institusi awam.

Di kawasan ini, juga terletaknya 6 buah sekolah yang paling bersejarah di Kuala Lumpur, iaitu Institusi Victoria (1929, digazet sebagai Warisan Negara pada tahun 2009), Sekolah Menengah Lelaki Methodist dan Sekolah Rendah Lelaki Methodist (1897), SRJK (C) Jalan Davidson (1928), Sekolah Menengah Persendirian Confucian (1906) dan SMJK Confucian (1907). Selain daripada 9 buah tempat ibadat yang bersejarah, di sini juga bertapaknya pusat-pusat awam dan budaya seperti Persatuan Drama Kebajikan Yan Keng (1920), Chan She Shu Yuen (1896, digazet sebagai Bangunan Bersejarah dalam tahun 2009) dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor in Wilayah Persekutuan (1923, digazet sebagai Warisan Negara dalam tahun 2007).

Antara 4 tapak warisan yang tersergam megah di sini ialah Taman Merdeka Negara yang juga dikenali sebagai Taman Tunku Abdul Rahman (1958), Stadium Chin Woo (1953), Stadium Merdeka (1957) yang telah digazet sebagai Warisan Negara dalam tahun 2003 dan Stadium Negara (1962). Kesemua tapak warisan ini mewakili lambang peringatan sejarah sebelum dan selepas Kemerdekaan. Oleh itu, tapak-tapak warisan ini adalah ‘Harta Rakyat’ untuk kegunaan awam bagi menikmati dan menghayati sejarah dan masa depan negara.

Pada suatu ketika dahulu, secara kolektifnya bukit ini serta taman, stadium-stadium, institusi-institusi awam dan komuniti-komuniti sekelilingnya merangkumi seluruh Jalan Petaling, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock (Foch Avenue), Jalan Maharajalela (Birch Road), Jalan Hang Jebat (Davidson Road), Jalan Tun H.S.Lee (High Street), Jalan Hang Lekir (Cecil Street), Jalan Balai Polis dan sebagainya. Ia merupakan ruang awam yang mencerminkan sejarah sosial dan warisan budaya para pengasas serta penghuni awal kota ini.

Walau bagaimanapun, semasa pembentangan Belanjawan 2012, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembangunan Warisan Merdeka yang bernilai sebanyak RM5 bilion dalam tiga fasa untuk 10 tahun akan datang. Projek ini bermula dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang setinggi 118 tingkat di tapak lama Taman Merdeka Negara (Taman Tunku) yang telah dirobohkan. Permodalan Nasional Berhad akan mengambil alih pembinaan dan pengurusan bangunan untuk kegunaan pejabat komersial, kompleks membeli-belah dan kondominium. Pembangunan ini diumumkan tanpa sebarang perundingan awam atau impak pertimbangan projek terhadap komuniti-komuniti sekitar, termasuk kawasan perumahan, sekolah dan institusi agama. Pelan projek ini juga tidak mengambil kira kepentingan nilai warisan dan impaknya terhadap tapak-tapak warisan.

Di kaki bukit ini, pembinaan landasan dan stesen MRT dari Jalan Sultan ke tapak lama Taman Merdeka (Taman Tunku) telah bermula. Namun, pelaksanaan pembinaan MRT jelas melibatkan pengambilalihan tanah secara angkuh tanpa perundingan awam. Pemilik-pemilik hartanah di Jalan Petaling dan Jalan Sultan dipaksa menandatangani perjanjian bersama dengan MRT Corp untuk mengosongkan hartanah masing-masing untuk tempoh 6 bulan atau ‘lebih lama’. Selain itu, para pemilik juga dikehendaki menyerahkan surat hak milik tanah untuk pengendorsan. Kesemua syarat ini tidak melindungi kepentingan pemilik dan penghuni. Malah, tiada perundingan diadakan untuk para peniaga dan penjaja di komuniti ini.Semenjak kerja pembinaan stesen MRT dijalankan dalam bulan Jun 2012, perniagaan tempatan menanggung kemerosotan secara drastik. Ada di antara peniaga-peniaga yang melaporkan kemerosotan pelanggan dan jualan sebanyak 50%.

Situasi ini bertambah buruk setiap hari kerana semakin banyak peniaga dan penghuni mengosongkan bangunan yang diduduki mereka akibat pencemaran debu dan bunyi yang teruk ekoran daripada kerja pembinaan MRT serta ketidakpastian masa depan yang disebabkan pelan pembangunan di kawasan ini yang masih belum diumumkan secara terperinci oleh pihak berkuasa. Tambahan lagi, pencemaran persekitaran yang bertambah buruk juga menjejaskan suasana pembelajaran sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang berdekatan.

Kami, sebagai rakyat, amat kecewa kerana ruang awam kami telah dirampas dan digantikan dengan projek yang tidak dapat bertahan secara kewangan, tidak mesra alam dan akan merosakkan ciri-ciri unik landskap Kuala Lumpur. Kami marah kerana warisan negara dan ruang awam telah dikorbankan untuk keuntungan komersial. Kami mengecam menara mega 118 tingkat yang ironinya dinamakan sebagai ‘Menara Warisan’ kerana menara ini akan mengerdilkan simbol penting kemerdekaan negara — Stadium Merdeka.

Jika rakyat gagal mempertahan dan melindungi tapak ini, pasti lebih banyak tanah akan dirampas daripada rakyat oleh pemaju-pemaju – sama ada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat-syarikat swasta – atas nama ‘pemodenan’, ‘pembangunan’.

—————-
The history of Petaling Hill, the Menara Warisan and Jalan Sultan MRT issue

These pictures illustrate the early history and cultures of a Malaysian society which, over time, was written and built into the gentle hill and its surrounding areas to form the heart of Kuala Lumpur.

Through their great efforts and determination, the early settlers turned this ancient tropical forest into a settlement. Together they built homes, villages, enterprises, places of worship and cemeteries, schools, cultural and sports facilities, hospitals, police stations, jails and other civic and public institutions.

Among them are four significant heritage landmarks: Taman Merdeka Negara, also known as Taman Tunku Abdul Rahman (1958), Chin Woo Stadium (1953), Merdeka Stadium (1957) which was gazetted as National Heritage in 2003, and Stadium Negara (1962). All these heritage sites represent the commemorative legacy of our pre- and post-Merdeka history. Therefore, they constitute the rightful ‘Property of the Rakyat’ for the purpose of public use and enjoyment, as well as reflecting both our history and our future as a nation.

In the vicinity, there are six of Kuala Lumpur’s oldest schools, namely Victoria Institution (1929, gazetted as National Heritage in 2009), Methodist Boys’ School Secondary & Methodist Boys’ School Primary (1897), SRJK (C) Jalan Davidson (1928), Confucian Private Secondary School (1906) and SMJK Confucian (1907). There are also nine historical places of worship nearby, as well as cultural and civic centres like Yan Keng Benevolent Dramatic Association (1920), Chan She Shu Yuen (1896, designated as a Bangunan Bersejarah in 2009), and Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (1923, gazetted as National Heritage in 2007).

Once upon a time, the collective hill area with its park, stadiums, civic institutions, and surrounding communities spanned Jalan Petaling, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock (Foch Avenue), Jalan Maharajalela (Birch Road), Jalan Hang Jebat (Davidson Road), Jalan Tun H.S. Lee (High Street), Jalan Hang Lekir (Cecil Street), Jalan Balai Polis, etc. It was a sustainable public space which reflected the social histories and cultural legacies of its founders and later residents.

During the Budget 2012 presentation, however, Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak announced the RM5-billion Warisan Merdeka development in three phases over the next 10 years, starting with the 118-storey Menara Warisan Merdeka which will occupy the now-demolished site of Taman Merdeka Negara (Taman Tunku). Permodalan Nasional Berhad (PNB) will undertake the construction and management of the buildings slated for use as commercial offices, shopping malls and condominiums. This development was announced without any public consultation or consideration of the project’s impact on surrounding communities, including residences, schools and religious institutions. Neither did this development plan consider the significance of this area and the harmful impact on the surrounding heritage sites.

At the foot of the hill, the construction of MRT tracks and station from Jalan Sultan to the old site of Taman Merdeka (Taman Tunku) has already commenced. Likewise, the MRT-building exercise has been marked by high-handed land acquisition without public consultation. The property owners at Jalan Petaling and Jalan Sultan were forced to sign mutual agreements with MRT Corp to vacate their properties for 6 months ‘or longer’. In addition, stakeholders have been requested to hand over the land titles for endorsement. None of these terms protect the interest of owners or tenants. Business operators and street hawkers in the community were never consulted in this matter.

Since the MRT construction work started in June 2012, local business has dropped drastically. Some operators have reported a 50% decline in customers and sales. The situation worsens every day as more and more businesses and residents are vacating their buildings. Many are leaving due to the unbearable dust and noise caused by the MRT construction works, and insecurity over the uncertain future given the lack of disclosure about future development plans for this area. The increasing environmental pollution has also had a detrimental impact on the learning environment of nearby schools and institutions.

We, the rakyat, are disgusted that our public space is being stolen from us, and that these financially and environmentally unsustainable projects will forever change the character of our city’s historical landscape. We are outraged that our national heritage and public spaces are being sacrificed for the sake of commercial profit. We decry the fact that the 118-storey mega-tower, ironically named ‘Menara Warisan’, will dwarf and obliterate a key symbol of our national independence – the Stadium Merdeka.

If the rakyat fails to protect and preserve this site, more land will be easily stolen from us by developers – whether government-linked corporations or private companies – all in the name of ‘modernization’, ‘development’, and ‘progress’.

Advertisements